Berikut merupakan artikel mengenai perjanjian rumah yang ringkas untuk tuan rumah mahupun penyewa. Sesuai juga digunakan bagi surat perjanjian sewa kedai, perjanjian sewa pejabat, perjanjian sewa tanah dan sebagainya. Selamat membaca.
Surat Perjanjian Sewa Rumah merupakan 1 dokumen perjanjian sewa rumah yang penting untuk melindungi hak tuan rumah serta hak penyewa mengikut lunas undang-undang.
Ramai pemilik rumah sewa masih tidak mempunyai perjanjian sewa yang SAH dan tidak mengetahui kepentingan dokumen ini. Walhal, dokumen ini adalah sangat penting bagi menjaga kepentingan dan kebajikan antara dua belah pihak. Ia merekodkan segala syarat-syarat penting untuk pemilik rumah dan penyewa bersetuju tentang sesebuah sewaan.
Pentingnya Surat perjanjian sewa rumah adalah digunakan untuk memberi perlindungan kepada tuan rumah seperti anda dan juga penyewa rumah sewa tersebut.
Surat perjanjian rumah sewa ni penting untuk penyewa mahupun tuan rumah. Antara tujuannya ialah
Kandungan Surat Perjanjian Rumah Sewa adalah berbeza mengikut rumah sewa tersebut, namun begitu, secara umumnya ianya boleh dikatakan sama dari segi syarat-syarat utama dalam penjanjian sewa rumah itu.
Sekiranya anda tidak mempunyai Surat Penjanjian sewa rumah secara bertulis yang dipersetujui oleh penyewa, anda sebagai tuan rumah akan menghadapi risiko yang lebih besar terhadap rumah sewa tersebut.
Berikut merupakan antara contoh format surat sewa rumah. Antara kandungan penting dalam Surat Perjanjian Rumah Sewa adalah:
Contoh Format Surat Perjanjian Sewa Rumah | Keterangan Format |
---|---|
Muka Hadapan | Antara tuan rumah dan juga penyewa |
Maklumat Penyewa | Maklumat penyewa kena isi dengan detail |
Jadual Pembayaran | Rekod bila sewa perlu dibayar |
Senarai Inventori | Senaraikan barangan yang ada dalam rumah |
Syarat-syarat Perjanjian Sewa | Sebagai rekod syarat-syarat yang akan dipersetujui |
Tandatangan Persetujuan | Rekod yang penyewa bersetuju |
Muka hadapan surat perjanjian sewa rumah ini adalah antara tuan rumah dan juga penyewa
Setiap surat perjanjian sewa rumah haruslah mengandungi butiran lengkap mengenai penyewa. Ini termasuk nama penuh, alamat, nombor telefon, dan butiran pengenalan diri seperti nombor kad pengenalan atau pasport.
Jumlah bayaran sewa bulanan perlu dinyatakan dengan jelas dalam surat perjanjian. Selain itu, jumlah deposit yang diperlukan dan kaedah serta tarikh pembayaran juga perlu dinyatakan. Deposit biasanya merangkumi bayaran sewa dua bulan dan deposit utiliti.
Senaraikan barangan yang ada dalam rumah sebelum memberi sewa pada penyewa
Sebagai rekod syarat-syarat yang akan dipersetujui antara tuan rumah dan penyewa
Baca Juga Niat dan Panduan Lengkap Solat Sunat Witir (JAKIM)Penting tandatangan antara tuan rumah dan penyewa sebagai rekod yang penyewa bersetuju dengan apa yang termaktub dalam surat
Bagi memudahkan anda membuat Surat Perjanjian rumah sewa, boleh download dan muat turun template surat perjanjian sewa rumah tenancy agreement secara free dan percuma samada dalam format WORD atau PDF.
Download Surat Perjanjian Sewa Rumah: Klik Sini Untuk Download
Adakah Perlu Di Mati Setem Atau Hanya Cop Pesuruhjaya Sumpah?
Ramai yang masih keliru tentang apakah dokumen sewaan perlu dimati setem atau hanya perlu ditandatangani di hadapan pesuruhjaya sumpah sahaja. Jadi mari kita baca perkongsian salah seorang Persatuan Guaman Hartanah Malaysia.
Kebiasaanya ditanggung oleh tuan rumah atau tanah. Tapi jika nak suruh penyewa bayar pastikan inform penyewa dan tulis dalam surat perjanjian sewa rumah tersebut
Bergantung pada anda. Duti setem ni sebagai rekod jika anda nak mohon apa-apa pinjaman atau apa-apa masalah dikemudian hari
Sepatutnya tidak boleh. Tapi atas budi bicara tuan rumah
Mengikut syarat penamatan awal yang dinyatakan dalam perjanjian, biasanya dengan notis 30 hari.
Surat sewa rumah adalah penting untuk dibuat sebelum penyewa menyewa rumah sewa anda.
Kepentingan memahami dan mematuhi surat perjanjian sewa rumah tidak boleh dipandang remeh. Setiap klausa dalam perjanjian perlu dibaca dan difahami dengan teliti sebelum ditandatangani. Sekiranya terdapat sebarang kekeliruan, adalah dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat undang-undang.
Baca Juga Lagu Negeri Pahang Beserta Lirik, Audio dan VideoTerdapat pelbagai template surat perjanjian yang anda boleh gunakan sebagai kontrak sewa rumah anda.
Untuk anda yang mempunyai rumah untuk disewa atau anda seorang penyewa yang memerlukan surat sewa rumah, boleh dapatkan template surat perjanjian sewa rumah ini dengan link di bawah. Template contoh perjanjian sewa rumah ini akan memudahkan anda untuk menulis surat perjanjian mengikut format.
Bila dah ada rumah sewa jangan lupa langgan Pakej Unifi. Boleh Baca Pakej Internet Yang Sesuai Untuk Rumah Sewa